IPOH – Pembinaan projek Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) akan dimulakan selepas syarikat konsesi mematuhi ‘condition precedent’ (CP) atau syarat duluan yang bakal dimuktamadkan pada tahun 2026.
Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, projek lebuh raya yang menghubungkan antara Gopeng ke Kuala Kangsar itu dilaksanakan secara penswastaan (PPP) selepas perjanjian ditandatangani pada 5 September tahun lalu. – MGPerak