PASIR SALAK – Kerajaan Perak dalam proses melakukan semakan bajet (budget screening) bagi menaik taraf daerah Lenggong selepas ia diiktiraf sebagai Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Global Geopark (UGGp) baru-baru ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saraani Mohamad memaklumkan telah meminta Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Loh Sze Yee untuk memohon peruntukan daripada kerajaan Persekutuan bagi tujuan tersebut. – MGPerak