MGPerak: 31 Bot Menyusur Sungai Perak Kibar Jalur Gemilang Sempena Hari Malaysia

327

Ketenangan Sungai Perak bertukar meriah dengan deruan enjin 31 bot nelayan yang dihiasi Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Perak dalam acara Konvoi Bot Sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Mukim Chegar Galah, pada Selasa.

Kesemua bot yang dipasang bendera pelbagai saiz itu berarak sejauh kira-kira 12 kilometer dari Jeti Awam Program myKomuniti Perikanan (myKP) Kampung Chegar Galah ke Jeti Kampung Jamuan.

Seramai 90 peserta terdiri daripada penduduk setempat dan pasukan beruniform diberi taklimat keselamatan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum konvoi dilepaskan pada jam 9.45 pagi.

Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderoh, Datuk Mohd Ariff Abdul Majid berkata, acara tersebut dianjurkan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan penduduk setempat. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #KonvoiBotHariMalaysia #kampungchegar #jetikampungjamuan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini