MGPerak: Fasiliti Kesihatan Di Muallim Ditambah Baik Selari Pembangunan AHTV

52

TANJUNG MALIM – Perak akan memperkukuh serta menambah baik kemudahan dan infrastruktur kesihatan di daerah Muallim sejajar dengan pembangunan pesat di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV).

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional, A Sivanesan berkata, kerajaan negeri telah mengatur visi jangka masa pendek dan panjang bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat di daerah tersebut.

Menurutnya, setakat ini, klinik di Tanjung Malim serta klinik-klinik berhampiran sedang menjalani proses naik taraf bagi memastikan penduduk di daerah itu mendapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini