Warga emas hilang selepas upacara sembahyang di Pantai Teluk Batik

LUMUT – Seorang lelaki warga emas hilang selepas didakwa masuk ke dalam laut sejurus melakukan upacara sembahyang di tepi Pantai Teluk Batik, dekat sini, pagi tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.28 pagi Jumaat.

“Sebaik tiba di lokasi, ketua operasi dimaklumkan oleh ahli keluarga bahawa mereka sedang bercuti dan melakukan upacara sembahyang di tepi pantai sebelum mangsa berusia 60 tahun itu masuk ke dalam laut dan hilang daripada pandangan.

“Ketika itu air laut sedang pasang dan usaha pemantauan terus dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan  pada Jumaat.

Menurutnya, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung turut memaklumkan bahawa Pusat Kawalan Bomba (PKB) telah dibuka bagi menyelaras operasi mencari dan menyelamat.

“Operasi pencarian dilakukan menggunakan tiga buah bot melibatkan BBP Seri Manjung, Pulau Pangkor serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan tumpuan di sekitar satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Selain itu, pencarian turut dibuat di kawasan pesisir pantai dan kawasan berbatu terutama ketika air surut,” jelasnya.

Beliau berkata, operasi mencari mangsa masih diteruskan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki OKU berkerusi roda ditemukan maut jatuh parit

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI