Penganjuran Pesta Cempakasari 2025 bukan sekadar mengembalikan nostalgia warga Parit terhadap pulau ikonik itu, malah menjadi platform bagi memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula semalam itu berjaya menarik kira-kira 2,000 pengunjung terdiri daripada penduduk setempat.
Menurutnya, Pesta Cempakasari bukan sahaja mengimbau kenangan masyarakat sekitar era 1980-an, tetapi turut mengangkat semangat kebersamaan selaras dengan hasrat kerajaan negeri menerusi agenda Perak Sejahtera 2030.
Tambahnya, penganjuran program ini bukan sekadar acara hiburan semata-mata, sebaliknya turut memberi nilai tambah kepada masyarakat setempat melalui penyertaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #PestaCempakasari2025