PARIT – Kejayaan Kerajaan Madani memperoleh RM15.5 bilion hasil rampasan dan kutipan penalti bagi tempoh 2024 dan 2025 membuktikan penguatkuasaan dilakukan melebihi daripada apa yang pernah dibuat sebelum ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya tidak mengatakan bahawa tiada tindakan penguatkuasaan dibuat kerajaan sebelum ini tetapi ia tidak sebaik Kerajaan Madani. – MGPerak