PARIT – Timor-Leste bakal menjadi anggota penuh ASEAN secara rasmi pada 26 Oktober ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Pengerusi ASEAN 2025 mengesahkan perkara berkenaan semasa Sesi Dialog bersama pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) sempena program Temu Anwar Bersama Pelajar UTO di Dewan Canselor, Universiti Teknologi Petronas di sini, pada Sabtu.
Menurut Anwar, Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri berusaha keras memastikan Timor-Leste diterima sebagai anggota ASEAN. – MGPerak