‘Killer dish’ cendol pulut durian, ‘mixed fruit’

BAGI penggemar pencuci mulut tradisional tempatan, tidak lengkap sekiranya bertandang ke Ipoh tanpa singgah menikmati semangkuk cendol sejuk yang menyegarkan tekak, tambahan jika dihidangkan bersama pulut dan durian segar.

Itu antara tarikan utama buat para pelanggan di Kedai Cendol Durian Anak Apak yang terletak di Dataran Sunway City, Tambun, Ipoh.

Pengusahanya, Siti Zubaidah Sabarudin, 29, berkata kedai tersebut mula beroperasi di lokasi baharu itu sejak Oktober tahun lalu, selepas hampir sedekad menjalankan perniagaan cendol di Ampang.

Menurutnya, cendol pulut durian menjadi ‘killer dish’ atau menu tumpuan buat para pelanggan di Kedai Cendol Durian Anak Apak sejak tujuh tahun lalu.

Pengusaha Kedai Cendol Durian Anak Apak, Siti Zubaidah Sabarudin, 29, menyiapkan cendol untuk dihidangkan kepada pelanggannya di Dataran Sunway City, Tambun, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 OKTOBER 2025.
Cendol durian di Kedai Cendol Durian Anak Apak yang terletak di Dataran Sunway City, Tambun, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 OKTOBER 2025.

Siti Zubaidah berkata, kelazatan juadah tersebut terletak pada kombinasi unik bahan tradisional seperti pulut, jagung, kacang dan durian segar yang dihidangkan bersama cendol buatan sendiri.

“Kalau penggemar durian, mereka tak payah beli durian dan pulut secara asing-asing. Sebaliknya, semuanya kami dah sediakan sekali dalam satu mangkuk dengan harga RM18.

“Durian ini kami peroleh daripada pembekal, yang mana kadang-kadang kami guna durian kampung, kadang-kadang ‘durian kahwin’.

“Kalau tiada, saya terpaksa guna buah durian premium lain seperti Udang Merah, Musang King atau Black Thorn. Namun, harga masih tetap sama,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette (MG) Perak.

Cendol Durian Anak Apak Ipoh cendol pulut durian Ipoh, cendol viral Ipoh, tempat makan menarik Ipoh, cendol durian Perak, makanan popular Ipoh, pencuci mulut tradisional, cendol buatan sendiri, Siti Zubaidah Sabarudin, pelancongan makanan Perak, makanan viral Malaysia
Pengusaha Kedai Cendol Durian Anak Apak, Siti Zubaidah Sabarudin, 29, menyiapkan cendol untuk dihidangkan kepada pelanggannya di Dataran Sunway City, Tambun, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 OKTOBER 2025.

Tambah Siti Zubaidah, di samping itu Cendol Durian Anak Apak turut menyajikan pelbagai variasi juadah pencuci mulut lain seperti cendol buah campur, ais batu campur buah campur, serta ais kepal pelbagai perisa termasuk jagung, keladi, aiskrim dan ‘mixed fruit’.

“Cendol ‘premium’ buah campur itu antara yang popular dalam kalangan pelanggan. Untuk menu yang sering tular di media sosial pula adalah, ais batu campur buah campur, sementara harganya masih bawah RM10 walaupun bahan banyak,” katanya.

Menu makanan panas turut jadi pilihan

Selain daripada pelbagai jenis cendol, Kedai Cendol Durian Anak Apak turut menawarkan menu makanan panas yang tidak kurang hebatnya.

Siti Zubaidah berkata, antara yang sering menjadi pilihan utama pelanggan adalah, laksa telur sarang, mi rebus daging, nasi ayam ‘baby you’, serta pelbagai hidangan makanan Barat seperti ‘chicken grill’, ‘lamb grill’ dan ‘mix grill’.

Cendol buah selonggok di Kedai Cendol Durian Anak Apak di Dataran Sunway City, Tambun, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 OKTOBER 2025.
Pelanggan yang datang ke Kedai Cendol Durian Anak Apak di Dataran Sunway City, Tambun, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 OKTOBER 2025.

Beliau berkata, sambutan dalam kalangan pelanggan juga bukan sekadar dari sekitar Ipoh, malah ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu menikmati keenakan cendol di kedianya.

“Baru-baru ini ada satu bas dari Shah Alam, bawa 40 orang datang makan di sini. Lepas makan, terus balik semula ke Shah Alam. Kami pun tak sangka sampai begitu sekali.

“Sambutan dan penghargaan pelanggan seperti ini menjadi sumber kekuatan kami untuk terus menambah baik perkhidmatan serta mengekalkan rasa asli cendol yang dihasilkan,” katanya lagi.

Pengusaha Kedai Cendol Durian Anak Apak, Siti Zubaidah Sabarudin, 29, menyiapkan cendol untuk dihidangkan kepada pelanggannya di Dataran Sunway City, Tambun, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 OKTOBER 2025.

Mengulas lanjut Siti Zubaidah berkata, cetusan idea menyediakan pelbagai jenis cendol khususnya cendol pulut durian datang daripada cadangan pelanggan.

“Saya tergerak hati buat cendol durian sebab ramai peminat durian di samping hendak memenuhi kehendak para pelanggan setia kami. Tetapi kami tidak sangka, dari situ, terus mendapat sambutan yang menggalakkan,” ujarnya.

Bagi anda yang ingin mencuba sendiri keenakan pencuci mulut di Kedai Cendol Durian Anak Apak, boleh berkunjung ke premis yang beralamat di Nombor 2, Jalan SCI 1/ 6 Sunway City, Ipoh.

Dengan harga berpatutan, pelbagai pilihan makanan serta hidangan cendol yang memikat selera, tidak hairan apabila Kedai Cendol Durian Anak Apak sering muncul di hantaran-hantaran media sosial. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

300,000 pelancong Malaysia sebulan, 3,000 bilik hotel di Hat Yai ditambah

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI