IPOH – Dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyamar sebagai anggota polis trafik dalam kejadian yang berlaku di Bercham awal Sabtu lalu.
Tertuduh, Wong Jiun Wei, 24, dan Lim Boon Ping, 40, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Kantonis di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.
Mengikut pertuduhan yang dibacakan bersama, mereka didakwa telah menyamar sebagai anggota polis trafik dan memperdaya dua remaja berusia 15 dan 17 tahun dengan meminta wang untuk tidak mengeluarkan saman atau tidak dibawa ke balai polis. – MGPerak





