Dua cedera, enam selamat nahas dua kenderaan di Gopeng

GOPENG – Dua cedera, enam selamat dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 310 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini malam ini.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu sekitar jam 7.26 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 yang dinaiki empat wanita dan kereta jenis Proton Saga BLM yang dinaiki empat sekeluarga.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton X70 merempuh bahagian belakang Proton Saga BLM mengakibatkan kenderaan tersebut terbabas melanggar pembahagi jalan di bahagian tengah.

“Ketika kerja menyelamat dilakukan kita mendapati seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang menaiki Proton Saga BLM mengalami kecederaan dan seorang lagi wanita berusia 28 tahun yang turut berada dalam kenderaan sama mengalami kecederaan parah serta tersangkut dan memerlukan bantuan untuk keluar.

“Pemandu dan seorang lagi penumpang wanita yang menaiki kenderaan sama selamat manakala sepasang suami isteri bersama dua anak mereka menaiki Proton X70 turut selamat dalam kejadian itu,“ katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, ketua operasi melaksanakan penilaian situasi seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja penyelamatan dengan menganjakkan kerusi tempat duduk penumpang hadapan sebelah kiri dan menggunakan pengusung untuk mengeluarkan mangsa.

“Mangsa yang cedera parah diberikan rawatan kecemasan oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala mangsa yang cedera diberikan rawatan kecemasan oleh anggota Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS),“ ujarnya.

Katanya, kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans KKM dan EMRS bagi menerima rawatan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya jam 8.13 malam. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki maut kereta bertembung lori simen

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI