40 Peratus Hasil: PM nafi keputusan tidak rayu berkait PRN Sabah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan keputusan untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkaitan hak tuntutan 40 peratus hasil Sabah mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) itu pada 29 Nov ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat secara bersama hasil beberapa mesyuarat yang dipengerusikannya bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Berbelas kali mesyuarat, saya sendiri pengerusikan, di Kuching, di Kota Kinabalu dan di Kuala Lumpur,” katanya kepada media selepas majlis perasmian Konvensyen Pengajian Islam Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Antarabangsa 2025 di sini hari ini.

Anwar berkata rasional Kerajaan Persekutuan tidak membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu telah dibincang dan dijelaskan secara terperinci di Parlimen hari ini.

Perdana Menteri berkata Kerajaan Persekutuan juga telah mengambil tindakan awal sebelum PRN timbul.

“Tidak (ia bukan disebabkan oleh PRN Sabah)… kita menerima keputusan itu tetapi isunya adalah alasan penghakiman,” katanya.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI