Lelaki maut terjatuh rumah bot di Tasik Banding

GERIK – Seorang lelaki ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh dari sebuah rumah bot di Jeti Awam Tasik Banding, di sini pada Selasa.

Mangsa, Hizzbullah Mohd Rizalman, 26, ditemukan kira-kira lima meter dari lokasi terakhir dia dipercayai terjatuh.

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu sekitar jam 10.28 pagi.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik serta Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Ketua operasi melaksanakan penilaian situasi dan mengarahkan anggota untuk membuat pencarian dengan membahagikan kawasan kepada tiga zon.

“Zon A melibatkan bot Polis Marin bersama anggota bomba, Zon B membabitkan bot polis Pengkalan Trojan manakala Zon C melibatkan bot orang awam yang melakukan pencarian secara dasar dalam radius satu kilometer dari lokasi mangsa dipercayai jatuh.

“Pencarian turut disertai pasukan skuba swasta dari Syarikat Trapia Tasik Banding,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, PPDA meneruskan pencarian dengan melakukan selaman pada kedalaman 0.3 meter kira-kira jam 4.15 petang.

“Pada jam 5.23 petang, mangsa berjaya ditemui oleh PPDA pada jarak lima meter dari lokasi terakhir mangsa dipercayai terjatuh.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki Orang Asli sesat ketika cari petai ditemukan selamat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI