Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) memberi tumpuan kepada usaha memastikan kebajikan ahlinya terus terbela, terutama selepas tidak lagi berkhidmat sebagai wakil rakyat.
Presidennya, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, ini kerana tidak semua bekas wakil rakyat mempunyai yang benar-benar pendapatan stabil selepas mereka bersara daripada dunia politik.
Katanya, bayaran bulanan yang diterima mereka juga tidak sama dengan skim pencen persaraan bagi mana-mana penjawat awam lain. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #MUBARAK





