SPNB bina lebih 7,000 RMR di Perak sejak 2002

LENGGONG – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah membina lebih 7,000 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Perak sejak program itu diperkenalkan pada tahun 2002.

Pengerusi SPNB, Profesor Datuk Dr Mohd Azmi Mohd Lila berkata, walaupun pada peringkat awal pembinaan berjalan perlahan kerana tumpuan ketika itu diberikan kepada projek kediaman komersial, kini SPNB melaksanakan 100 peratus program RMR selaras dengan arahan kerajaan.

“Secara purata, kita mampu membina sehingga 600 unit rumah (di Perak) setahun. Bagaimanapun, sejak program ini diperkenalkan, jumlah keseluruhan rumah yang dibina di Perak sahaja lebih 7,000 unit,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Kunci RMR yang disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Dewan Merdeka di sini pada Jumaat.

SPNB bina lebih 7,000 RMR di Perak sejak 2002
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (dua, kiri) dan Pengerusi SPNB, Profesor Datuk Dr Mohd Azmi Mohd Lila (dua dari kanan) ketika hadir ke Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Kunci Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Dewan Merdeka, Lenggong, pada Jumaat. Turut hadir Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching (kiri). Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 DISEMBER 2025.

Hadir sama, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, Sandrea Ng Shy Ching dan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Sementara itu, Saarani berkata, inisiatif yang dijalankan SPNB adalah selaras dengan hasrat kerajaan negeri dalam Pelan Perak Sejahtera 2030 dalam usaha membolehkan lebih ramai rakyat di negeri ini mempunyai kediaman sendiri.

“Kita berharap SPNB akan lagi terus berkolaborasi dengan kita bersama Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) supaya lebih banyak rumah, lebih ramai penduduk yang akan mempunyai rumah sendiri,” ujarnya.

Terdahulu, Saarani telah menyampaikan Surat Tawaran Subsidi kepada 30 pemohon RMR serta menyerahkan kunci rumah RMR kepada 20 penerima bagi kawasan Parlimen Lenggong. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Bayaran balik pinjaman Rumah Mesra Rakyat memuaskan – SPNB

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI