Penerima Anugerah Tuanku Canselor genggam cita-cita sebagai peguam syarie

KUALA KANGSAR – Penerima Anugerah Tuanku Canselor pada pada Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-18 di sini, pada Sabtu, Roselind Nadiera Talib, 22, menggenggam cita-cita untuk menjadi peguam syarie pada suatu hari nanti.

Roselind Nadiera berkata, anugerah yang diterima itu merupakan salah satu impan yang ingin diraih sejak mula melangkah masuk ke menara gading itu.

“Saya bersyukur dan gembira selepas diumumkan sebagai penerima Anugerah Tuanku Canselor.

“Dan selepas ini saya merancang untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma Pascasiswazah Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie juga di USAS.

“Ia juga diharap dapat menjadi jalan kepada saya untuk memperoleh tauliah sebagai peguam syarie nanti,” katanya.

Penerima Anugerah Tuanku Canselor USAS Anugerah Tuanku Canselor USAS Konvokesyen ke-18 Roselind Nadiera Talib Graduan Syariah USAS Cita-cita peguam syarie Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah Peguam syarie muda Inspirasi graduan USAS
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan Anugerah Tuanku Canselor kepada Penerima, Roselind Nadiera Talib, 22, pada Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-18 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 DISEMBER 2025.

Dia berkata demikian ketika ditemui selepas Istiadat Konvokesyen USAS ke-18 di Dewan Jubli Perak dekat sini, pada Sabtu.

Ia disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Baginda terdahulu berkenan menyampaikan Anugerah Tuanku Canselor USAS kepada Roselind Nadiera yang juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah.

Roselind Nadiera dianugerahkan sijil, medal dan cek berjumlah RM5,000.

Dalam pada itu dia berkata, kedua-dua ibu bapanya merupakan pembakar obor semangat juang buatnya dalam menempuh pelbagai cabaran sehingga berjaya meraih anugerah tersebut.

Penerima Anugerah Tuanku Canselor USAS Anugerah Tuanku Canselor USAS Konvokesyen ke-18 Roselind Nadiera Talib Graduan Syariah USAS Cita-cita peguam syarie Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah Peguam syarie muda Inspirasi graduan USAS
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan bergambar bersama penerima Anugerah Menteri Besar Perak, Nor Asmira Li Mohamed Ali pada Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-18 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 DISEMBER 2025.

“Mereka adalah sumber kekuatan saya sepanjang dalam kehidupan, dan saya sangat bersyukur kerana mempunyai ibu bapa yang begitu menyokong saya sejak daripada kecil sehingga hari ini,” katanya.

Dia juga turut menitipkan pesanan kepada para penuntut yang masih dalam pengajian untuk terus berusaha dalam mencapai cita-cita hidup yang diinginkan.

Penerima Anugerah Tuanku Canselor USAS Anugerah Tuanku Canselor USAS Konvokesyen ke-18 Roselind Nadiera Talib Graduan Syariah USAS Cita-cita peguam syarie Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah Peguam syarie muda Inspirasi graduan USAS
Penerima Anugerah Tuanku Canselor, Roselind Nadiera Talib, 22, bergambar bersama kedua ibubapanya pada Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-18 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 DISEMBER 2025.

“Kita memerlukan pengorbanan yang besar. Dan dalam pengorbanan itu, kita harus bersabar dalam menghadapi pelbagai ujian.

“Kerana percayalah bahawa ALLAH sentiasa bersama dengan orang yang bersabar dan orang yang berusaha,” katanya.

Sementara itu bapanya, Mohamad Akhir Md Johan, 51, berkata, dia turut merasa gembira dan menyifatkan kejayaan anak perempuannya itu sebagai suatu hadiah yang tidak diduga.

“Sebagai ibu bapa yang mendidiknya sejak kecil, saya merasakan ini adalah hadiah yang tidak terhingga. Dan saya berharap suatu hari nanti dia dapat menjadi seorang peguam syarie yang hebat.

“Saya selalu menasihatkan kepada dia bahawa untuk cemerlang dalam kehidupan kita harus mengutamakan ALLAH dan tidak melupakan ibu bapa,” ujarnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-18

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI