Pegawai SPRM Perak terima tauliah khas, sampaikan kuliah profesional di masjid, surau

IPOH – Seramai 14 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak menerima pentauliahan khas profesional iaitu kebenaran menyampaikan kuliah profesional di masjid dan surau oleh Jabatan Mufti Perak.

Majlis pentauliahan itu telah diadakan dalam program Muqabalah Mahabbah dan Majlis Penyampaian Sijil Kebenaran Menyampaikan Kuliah Profesional Negeri Perak Siri 2 Tahun 2025 yang disempurnakan oleh Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim di Kompleks Islam Negeri Perak di sini, semalam.

Program pentauliahan yang dikenali sebagai Perakuan Profesional Masjid (PPM) diberikan selepas pegawai terbabit berjaya melepasi proses saringan dan penilaian oleh Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Negeri Perak.

SPRM Perak menerusi kenyataan media memaklumkan, program tersebut memberi pengiktirafan kepada golongan professional dan penjawat awam untuk menyampaikan kuliah dalam bidang profesional masing-masing.

Menurutnya, ia diharapkan membantu jemaah masjid memperoleh kefahaman praktikal berkaitan isu kehidupan sejajar dengan nilai Islam serta meningkatkan kesedaran awal terhadap isu kesihatan, keluarga, harta dan sosial dengan bidang profesional.

“Prinsip asas sijil pentauliahan khas professional adalah masjid sebagai ruang amanah, bukan pentas mempromosi diri atau perniagaan, untuk menerang dan mendidik bukan memberikan hukum syarak serta kandungan mestilah bersifat umum, mencegah dan mendidik,” katanya.

Pada majlis itu, Pengarah SPRM Perak, Datuk Ahmad Sabri Mohamed mendahului senarai penerima pentauliahan diikuti oleh Timbalan Pengarah Operasi dan Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Perak serta pegawai-pegawai kanan SPRM Perak lain.

“Selain pegawai SPRM, turut menerima sijil pentauliahan dalam majlis itu ialah 60 pegawai dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tabung Haji, Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Perak, As Salihin Trustee Cawangan Perak, Mutawif, Motivasi dan Dakwah dan ahli Bahasa Arab,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

SPRM beri jaminan akan siasat projek MyKiosk

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI