Pegawai penjara mengaku tak bersalah sebabkan kematian tahanan

TAIPING – Seorang pegawai penjara dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan tanpa niat menyebabkan kematian seorang tahanan di Penjara Taiping, Januari lalu.

Tertuduh, Ryndee O’Nell Victor, 25, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Ahmad Hamdi Mustafar.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki terbabit telah menyebabkan kematian Gan Chee Hin, 62, yang mana tertahu tahu perbuatannya mungkin menyebabkan kematian di Dewan B Penjara Taiping, Jalan Taming Sari, Taiping, dalam daerah Larut Matang dan Selama.

Tertuduh yang masih bertugas di Pusat Koreksional Kamunting itu didakwa melakukan perbuatan tersebut antara jam 3.30 petang hingga 4 petang pada 17 Januari 2025.

Bakal bapa itu didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Muhammad Zaki Abdul Kudos manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Aidil Arsad.

Terdahulu, pihak pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 dikenakan ke atas tertuduh.

Bagaimanapun, Mohd Aidil dalam mitigasinya memohon supaya jaminan dikurangkan kerana anak guamnya perlu menyara isteri yang sedang hamil dengan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan dua orang penjamin dengan salah seorang daripadanya adalah warga Perak berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan tidak mengganggu atau berhubung saksi sehingga kes selesai.

Kes turut ditetapkan untuk sebutan semula pada 26 Februari depan bagi serahan dokumen.

Jabatan Penjara sebelum ini mengesahkan berlaku kejadian provokasi di Penjara Taiping pada 17 Januari lalu yang menyebabkan seorang banduan meninggal.

Ia turut memaklumkan insiden berkenaan membabitkan prospek yang dipindahkan dari Pusat Koreksional Batu Gajah ke Penjara Taiping. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Penganggur didakwa bunuh warga emas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI