SPRM buka siasatan baharu libatkan bekas menteri – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Seorang bekas menteri yang pernah berkhidmat dalam Kabinet kerajaan sebelum era COVID-19 kini berada dalam radar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama hari ini, yang memaklumkan satu kertas siasatan baharu telah dibuka melibatkan individu berkenaan.

“Ya, saya sahkan siasatan sedang dijalankan dan beberapa individu penting akan dipanggil untuk membantu siasatan,” katanya.

Difahamkan, bekas pemimpin berkenaan sebelum ini pernah didakwa di mahkamah atas beberapa pertuduhan berkaitan rasuah.

Terdahulu, media melaporkan individu berkenaan berada dalam radar siasatan SPRM susulan dakwaan penyelewengan sewaktu berkhidmat di sebuah kementerian membabitkan pemindahan sebidang tanah milik kerajaan yang bernilai tinggi kepada seorang pemaju hartanah terkemuka.

— BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI