JPJ Perak guna kamera badan ketika operasi

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak kini mula melaksanakan pemakaian kamera badan atau Body Worn Camera (BWC) kepada anggota penguat kuasa ketika operasi penguatkuasaan di lapangan.

Timbalan Pengarah JPJ Perak, Mohd Azmi Jaafar berkata, perolehan pertama BWC yang diterima JPJ Perak pada November lalu membabitkan 14 unit BWC.

Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak kini menggunakan kamera badan atau Body Worn Camera (BWC) dalam operasi penguatkuasaan sebagai langkah meningkatkan ketelusan antara anggota dan orang awam ketika Operasi Khas Sembilan Kesalahan Utama di Jalan Kuala Kangsar-Jalan Sultan Azlan Shah dekat Tasek, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 16 JANUARI 2026.

Katanya, daripada jumlah itu lapan unit ditempatkan di JPJ Ipoh, empat unit di JPJ Cawangan Taiping sementara dua unit lagi ditempatkan di Stesen Penguatkuasa Kuala Kangsar.

“Penggunaan peranti BWC ini bertujuan untuk merakam semua interaksi antara anggota penguatkuasa dengan pengguna jalan raya.

“Rakaman ini bukan sahaja untuk melindungi hak pengguna, malah untuk melindungi anggota penguatkuasa daripada salah faham, tuduhan yang tidak berasas, serta dakwaan salah laku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena Operasi Khas Sembilan Kesalahan Utama di Jalan Kuala Kangsar-Jalan Sultan Azlan Shah dekat Tasek di sini pada Jumaat.

JPJ Perak kamera badan kamera badan JPJ, Body Worn Camera JPJ, operasi JPJ Perak, penguatkuasaan JPJ, integriti penguat kuasa, pemantauan masa nyata JPJ, JPJ Ipoh Taiping Kuala Kangsar
Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, Mohd Azmi Jaafar memeriksa penunggang motosikal ketika Operasi Khas Sembilan Kesalahan Utama di Jalan Kuala Kangsar-Jalan Sultan Azlan Shah dekat Tasek, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 16 JANUARI 2026.

Mohd Azmi berkata, selain operasi di lapangan, peranti BWC itu turut adakan dipasang pada anggota yang bertugas di kaunter JPJ serta premis Institut Memandu (IM) bagi pemantauan interaksi anggota sama ada dengan orang awam atau calon ujian.

Tambah beliau, peranti berkenaan beroperasi secara ‘real-time monitoring’ atau pemantauan masa nyata selain ia tidak boleh ditutup sesuka hati oleh anggota kecuali di kawasan sensitif mengikut prosedur yang ditetapkan.

JPJ Perak kamera badan kamera badan JPJ, Body Worn Camera JPJ, operasi JPJ Perak, penguatkuasaan JPJ, integriti penguat kuasa, pemantauan masa nyata JPJ, JPJ Ipoh Taiping Kuala Kangsar
Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, Mohd Azmi Jaafar menunjukkan pegawainya yang kini menggunakan kamera badan atau Body Worn Camera (BWC) dalam operasi penguatkuasaan sebagai langkah meningkatkan ketelusan antara anggota dan orang awam ketika Operasi Khas Sembilan Kesalahan Utama di Jalan Kuala Kangsar-Jalan Sultan Azlan Shah dekat Tasek, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 16 JANUARI 2026.

“Mengikut prosedur, kamera berkenaan tidak boleh dengan sesuka hati untuk ditutup tanpa sebarang kebenaran.

“Peranti itu akan mula aktif daripada mula anggota bertugas, sehingga ia selesai tugas.Jika kamera ditutup tanpa sebab dibenarkan, isyarat akan dihantar terus ke ibu pejabat sebagai langkah kawalan,” katanya lagi.

Pada Oktober tahun lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata, sebanyak 100 unit kamera badan akan digunakan dengan melibatkan pegawai penguat kuasa di ibu pejabat dan JPJ negeri dengan peruntukan RM2.3 juta.

Kata beliau, inisiatif itu merupakan langkah strategik Kementerian Pengangkutan (MOT) dan JPJ dalam memperkukuh keberkesanan penguatkuasaan serta meningkatkan integriti dan ketelusan perkhidmatan awam. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

JPJ Perak rekod kutipan kompaun RM30.68 juta

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI