UMNO tubuh Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa satukan orang Melayu – Zahid

KUALA LUMPUR – UMNO akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa bagi menerima kemasukan atau penyertaan semula mana-mana pihak baik secara individu atau secara en bloc ke dalam parti itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha itu selaras dengan peranan dan tanggungjawan UMNO sebagai `rumah bangsa’ iaitu medan untuk menyatukan kembali orang-orang Melayu.

Tambah beliau, gagasan payung besar orang Melayu pernah cuba dibina tanpa UMNO, namun sejarah membuktikan ia tidak mendapat sambutan.

Ujarnya, payung besar orang Melayu itu rebah kerana tidak berpaut kepada rumah asalnya iaitu UMNO yang sudah sedia kukuh, sekali gus tidak lagi memerlukan kepada payung lain.

“Sejarah rumah bangsa ini tidak akan pernah terpadam. Dari rumah inilah lahirnya pelbagai parti dan gerakan politik Melayu – Pas, Semangat 46, PKR, Bersatu, Pejuang, Warisan, GRS – bahkan GPS telah turut berkongsi satu roh kenegaraan.

“Ada yang lahir dari konflik dan kekecewaan, ada yang muncul akibat perbezaan hala tuju dan wadah yang tidak selaras.

“Ini bukan sejarah untuk dibanggakan secara angkuh, tetapi perlu diinsafi dengan rendah hati,” katanya dalam ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), di sini hari ini.

MGP16012026_PAU-8_1
Ketua UMNO Bahagian Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada Ucapan Dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 16 JANUARI 2026.

Tambah Ahmad Zahid, UMNO juga merupakan rumah asal politik Melayi yang mana dari UMNO lah lahirnya kemerdekaan, terbinanya Perlembagaan, Islam dimartabatkan sebagai tiang negara dan Raja-Raja Melayu didaulatkan.

Sehubungan itu, ujarnya, rumah UMNO itu perlu dijaga termasuk dibersihkan dari keangkuhan supaya kembali menjadi teduhan buat seluruh anak bangsa tanpa mengira pangkat dan darjat, memandangkan UMNO bukan parti elit, tetapi lahir dari keringat rakyat.

“UMNO adalah rumah buat semua bertaut Kembali, saat ada yang hilang arah, saat ada yang semakin rebah…kembalilah…kembalilah. Bak kata pepatah, sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI