PKR akan mati selepas Anwar bukan lagi PM? – Rafizi

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli berkongsi kebimbangan ramai aktivis reformasi yang beranggapan PKR akan ‘mati’ selepas Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan lagi Perdana Menteri.

Ini kerana, kata Ahli Parlimen Pandan itu, PKR ketika ini dinilai seolah-olah hanya kenderaan untuk Anwar menjadi Perdana Menteri sekali lagi bagi penggal kedua selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Menurut beliau, persoalan dalam kalangan akar umbi PKR ketika ini juga bukan lagi sama ada parti itu mampu menang pada PRU-16, sebaliknya apa masa depan PKR selepas Anwar.

“Kalau semuanya dipusatkan pada Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja, tanpa pelapis yang diyakini dan tanpa hala tuju parti yang jelas selepas beliau, PKR akan mati bersama DSAI,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau.

Menurut Rafizi, sekali pun menonjolkan Anwar itu merupakan satu strategi politik, namun perlu ada keseimbangan kepimpinan dalam PKR bagi memastikan kelangsungan parti itu pada masa depan.

Kata beliau, Anwar selepas habis dua penggal sebagai Perdana Menteri juga akan mencecah usia kira-kira 85 tahun dan adalah mustahil untuk beliau mahu memimpin negara ini sehingga usia 90 tahun.

“Jadi kalau tidak disediakan pelapis, dan pelapis itu dilihat semata-mata yang ada sekarang ini untuk melambung, memuji dan membontoti baliau akhirnya PKR ini akan mati dengan tiadanya Anwar.

“Itu yang saya ingat mungkin sukar diungkapkan oleh orang yang lama dalam perjuangan reformasi ini, tetapi itu juga adalah soalan besar kepada ada apa dengan PKR sekarang, sebab rakyat nak tengok apa PKR selepas Anwar,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI