Lelaki warga emas lemas jatuh dalam parit

IPOH – Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas di dalam parit di Pekan Sungai Dulang dekat Hutan Melintang hari ini.

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 9.42 pagi.

“Lelaki berusia 83 tahun itu dipercayai terjatuh sebelum lemas di dalam parit berkenaan. Sebaik bomba tiba, mangsa telah dibawa ke tepi parit oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa disahkan meningga dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) seterusnya  diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi menyelamat, katanya tamat sepenuhnya pada 10.46 pagi.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI