Buang sampah: Perintah Khidmat Masyarakat beri kesan positif – Kor Ming

IPOH – Pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat terhadap individu yang melakukan kesalahan membuang sampah mula menunjukkan kesan positif apabila sikap tanggungjawab menjaga kebersihan awam meningkat dalam kalangan masyarakat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, pendekatan itu menyedarkan masyarakat tentang kepentingan mematuhi peraturan berkenaan di samping menjaga kebersihan awam.

Katanya, setakat ini seramai 755 individu telah dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan berkaitan pembuangan sampah, manakala 478 daripadanya menjalani proses pendakwaan di mahkamah.

“Daripada jumlah itu, 15 individu dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat dengan melakukan kerja pembersihan seperti menyapu jalan dan mengutip sampah di tempat awam.

“Susulan itu, ramai yang menyatakan rasa kesal dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut seumur hidup mereka.

“Ini menunjukkan hukuman berbentuk khidmat masyarakat mampu memberi pengajaran kepada semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Perak di Summit Event Hall, dekat sini, pada Ahad.

Hadir sama, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Perak, Sandrea Ng Shy Ching.

Perintah Khidmat Masyarakat buang sampah hukuman buang sampah Malaysia kesalahan pembuangan sampah kebersihan awam Malaysia Akta Pengurusan Sisa Pepejal 2007 SWCorp Malaysia hukuman khidmat masyarakat pesalah undang-undang buang sampah kebersihan bandar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kes buang sampah mahkamah
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menggaul yee sang pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Tahun 2026 anjuran Dewan Perhimpunan Cina Perak di Summit Event Hall Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 FEBRUARI 2026.

Sebelum ini media melaporkan semua pesalah yang disabitkan oleh mahkamah bagi kesalahan membuang sampah akan menjalani Perintah Khidmat Masyarakat secara serentak pada 13 Februari.’

Kor Ming dilaporkan berkata, pesalah akan menjalani hukuman itu dengan membersihkan longkang, menyapu jalan dan mencuci tandas awam mengikut sabitan mahkamah.

Perintah berkenaan dilaksanakan ekoran pindaan terhadap Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Mengulas lanjut beliau menegaskan, pendekatan berkenaan bertujuan bukannya semata-mata menjatuhkan hukuman sebaliknya ia untuk mendidik masyarakat supaya lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran.

“Kita mahu rakyat celik kepada kebersihan di kawasan awam. Undang-undang ini bersifat mendidik supaya mereka faham kesan pembuangan sampah terhadap persekitaran dan kesihatan awam.

“Malaysia bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-70 (pada tahun hadapan). Sewajarnya masyarakat sudah mempunyai kesedaran tinggi tentang di mana dan bagaimana membuang sampah dengan betul,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, pelaksanaan undang-undang pengurusan sisa pepejal itu melibatkan kerjasama antara kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT), khususnya bagi negeri yang belum menerima pakai Akta 672.

Jelas beliau, negeri yang menerima akta tersebut melaksanakan penguatkuasaan melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), manakala negeri lain bergantung kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Tiada kompromi, warga asing tertakluk PKM kesalahan buang sampah merata

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI