Ribut Taiping: Perak pertimbang bantuan sewajarnya kepada mangsa

IPOH – Kerajaan Negeri Perak akan mempertimbangkan bantuan sewajarnya kepada mangsa yang terjejas akibat kejadian ribut yang melanda sekitar Taiping, pada Selasa.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pihak berkuasa daerah telah diarahkan turun padang bagi menjalankan bancian terperinci termasuk jumlah premis terlibat, tahap kerosakan serta bentuk bantuan yang diperlukan mangsa.

Katanya, Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah diminta untuk melakukan penilaian menyeluruh tahap kerosakan bagi memastikan kebajikan mangsa diutamakan.

“Selain daripada kerajaan negeri, kita juga ada peruntukan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Tetapi ia mengambil sedikit masa kerana perlu ada kepada kerosakan tersebut.

“Pada masa sama, penyaluran bantuan juga turut bergantung kepada kaedah yang bersesuaian kerana melibatkan peruntukan sama ada negeri atau Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Bantuan Sara Diri, Kecemasan dan Bantuan Baucar Buku Mahasiswa Perak 2026 di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, pada Rabu.

ribut Taiping bantuan mangsa Perak ribut Taiping Perak mangsa ribut Taiping dipindahkan Saarani Mohamad bantuan bencana PPS Taiping Perak NADMA bantuan ribut bencana Larut Matang Selama kerosakan ribut Taiping
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada sidang media majlis penyampaian cek cura Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa dan Bantuan Baucar Buku Mahasiswa Negeri Perak Tahun 2026 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 25 FEBRUARI 2026.

Pada Selasa media melaporkan, kejadian ribut di Taiping telah menyebabkan beberapa kerosakan termasuk rumah ditimpa pokok, bumbung diterbangkan angin, bumbung premis perniagaan runtuh serta kerosakan khemah bazar Ramadan.

Setakat jam 8 pagi, Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, seramai 40 mangsa daripada 22 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Taman Kaya dalam daerah LMS, akibat bencana berkenaan.

Kesemua mereka merupakan mangsa dari Taman Dami, Taman Ria, Taman Kaya, Taman Desa Cemerlang serta Batu 2 ½ .

Mengulas lanjut Saarani berkata, setiap kes bencana mempunyai prosedur tertentu bagi memastikan penyaluran bantuan dilakukan secara tersusun dan adil kepada semua mangsa yang layak.

Saarani turut memberi jaminan bahawa kerajaan negeri tidak akan mengabaikan nasib penduduk yang terjejas dan akan mengambil tindakan sewajarnya sebaik sahaja laporan penuh diterima.

“Antara tindakan awal yang telah diambil adalah pembukaan PPS untuk memboleh mangsa ribut, khususnya yang sedang berpuasa, mempunyai tempat yang selesa serta kemudahan untuk berbuka puasa. Dan seperti biasa, kita tetap akan bantu,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Satu PPS dibuka susulan kejadian ribut, pokok tumbang di Taiping

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI