Rakyat Malaysia di Qatar dinasihat terus waspada, jangan keluar – Kedutaan

KUALA LUMPUR – Kedutaan Besar Malaysia di Doha, Qatar menasihatkan semua rakyat Malaysia di negara itu untuk terus berwaspada dan tidak keluar kecuali untuk urusan mustahak.

Kedutaan itu dalam notis yang dikongsi di laman Facebook berkata keadaan di Rantau Teluk dan Qatar masih belum stabil sepenuhnya.

“Sila ikuti perkembangan semasa melalui sumber-sumber sahih dan jangan berkongsi berita tidak benar,” menurut notis itu.

Tambahnya, buat masa ini ruang udara Qatar masih ditutup,

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan lanjut di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad diminta menghubungi Qatar Airways di talian +974 4144 5555.

Kedutaan boleh dihubungi di talian +974 3374 6733 (24 jam) atau e-mel mwdoha@kln.gov.my untuk sebarang kecemasan. -BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI