Dua penolong pengarah JPN Perak tidak mengaku terima rasuah RM4,000

IPOH – Dua penolong pengarah di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,000 antara tahun 2020 hingga 2022.

Tertuduh, Wan Muhamad Huzairi Shukri, 42, dan Nor Haslan Nor Zaman, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan ia dibacakan di hadapan hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa secara bersama menerima suatu benda berharga tanpa balasan iaitu wang tunai berjumlah RM2,000 yang dimasukkan dalam akaun bank milik Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum) JPN Perak, Wan Muhamad Huzairi.

Wang berkenaan diterima daripada Pengurus Syarikat Pixtor Solution, Muhamad Sholekhin Wahid, 38, atas arahan Nor Haslan sebagai Ketua Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), JPN Perak.

Wan Muhamad Huzairi dan Nor Haslan didakwa mengetahui bahawa Muhamad Sholekhin mempunyai urusan rasmi berkaitan tugas rasmi mereka di unit tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bank Simpanan Nasional (BSN) Berhad Cawangan Medan Gopeng dalam daerah Ipoh pada 27 Ogos 2020.

rasuah JPN Perak pengarah pendidikan dua penolong pengarah didakwa rasuah kes rasuah RM4,000 Mahkamah Sesyen Ipoh SPRM Perak Seksyen 165 Kanun Keseksaan penjawat awam terima suapan
Dua penolong pengarah di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,000 antara tahun 2020 hingga 2022.
Tertuduh, Wan Muhamad Huzairi Shukri, 42, dan Nor Haslan Nor Zaman, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi. Foto ABDULLAH YUSOF 03 MARCH 2026.

Pada prosiding sama, kedua-kedua tertuduh juga dituduh menerima suapan masing-masing berjumlah RM1,500 dan RM500 daripada individu yang sama di lokasi sama, pada 6 Januari dan 29 Mac 2022.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), G. Nanthini menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan untuk setiap tertuduh.

Turut ditawarkan syarat tambahan iaitu mereka perlu melapor diri di pejabat SPRM berhampiran pada setiap bulan di samping tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Peguam Hafiz Norkhan yang mewakili kedua-dua tertuduh kemudian memohon mahkamah memberikan jaminan pada kadar kemampuan anak guamnya.

Menurut beliau, kedua-dua tertuduh yang masih berkhidmat sebagai penjawat awam dengan pendapatan lingkungan RM6,000 ke RM7,000 itu juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah selain menanggung keluarga termasuk anak dan ibu bapa.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 untuk setiap tertuduh di samping mereka dikehendaki melapor diri di Pejabat SPRM Ipoh pada hari Sabtu pertama setiap bulan sehingga kes selesai.

Mahkamah juga menetapkan 15 April sebagai tarikh sebutan semula kes. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Rasuah, salah guna kuasa khianat prinsip syariah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI