Konflik Asia Barat: Jakim anjur solat hajat khas Jumaat ini

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan solat hajat khas untuk Keamanan Sejagat selepas solat Jumaat di Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dalam kenyataan hari ini berkata solat hajat itu bagi menyahut seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan agar umat Islam menunaikan solat hajat bagi memohon keamanan dan kesejahteraan.

Beliau berkata solat hajat diadakan susulan situasi konflik yang semakin meruncing di rantau Asia Barat yang menuntut keprihatinan serta solidariti umat Islam seluruh dunia untuk terus mendoakan keamanan dan kesejahteraan sejagat.

Ia khusus ketika umat Islam kini memasuki fasa sepuluh malam terakhir Ramadan.

“Semoga doa dan munajat dipanjatkan umat Islam dalam bulan penuh keberkatan diterima Allah SWT serta menjadi asbab kepada terpeliharanya keamanan, keselamatan dan kesejahteraan sejagat,” katanya.

— BERNAMA

 

 

 


IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI