MGPerak: Ops Hari Raya Aidilfitri 14,455 Kenderaan Dikenakan Tindakan

64

Sebanyak 14,455 kenderaan telah dikenakan tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) atas pelbagai kesalahan bagi sepanjang tempoh pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2026.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, ia hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas 172,479 kenderaan di seluruh negara yang merangkumi kenderaan persendirian, motosikal, kenderaan barangan, kenderaan perkhidmatan awam serta bas.

Katanya, sehingga 23 Mac, sebanyak 1,651 slip pemeriksaan JPJ telah dikeluarkan, manakala 289 kenderaan telah disita atas pelbagai kesalahan. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #OpsHariRayaAidilfitri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini