Kakitangan UPSI ditemui meninggal dunia dalam stor peralatan pembersihan berkunci

TANJUNG MALIM – Seorang kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditemukan meninggal dunia selepas disyaki terperangkap di dalam sebuah bilik stor peralatan pembersihan yang berkunci di UPSI Sports Bowl di sini awal pagi Selasa.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Radzi Ariffin, 53 tahun.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.57 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira sembilan kilometer dari balai dan tiba sekitar jam 2.07 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati pintu bilik stor yang berkunci itu telah dibuka terlebih dahulu oleh Polis Bantuan UPSI.

“Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 53 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ketua operasi telah menjalankan penilaian di lokasi sebelum mengaplikasikan konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melakukan pemantauan. Seterusnya, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

“Operasi dilaporkan terkawal pada jam 2.17 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.36 pagi,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sebuah SUV terbakar dalam nahas lima kenderaan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI