Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam stor berkunci bukan kakitangan UPSI

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memaklumkan lelaki yang ditemukan meninggal dunia, selepas dipercayai terperangkap di dalam sebuah bilik stor peralatan pembersihan yang berkunci di UPSI Sports Bowl awal pagi tadi, bukan kakitangan universiti tersebut.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Facebook Naib Canselor UPSI, mangsa, Mohd Radzi Ariffin, 53, adalah pekerja sebuah syarikat swasta yang mengendalikan operasi pusat boling di dalam kampus berkenaan.

Menurutnya, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Ketika ini, proses bedah siasat sedang dijalankan oleh pihak berkuasa di Hospital Slim bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam stor berkunci bukan kakitangan UPSI
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memaklumkan bahawa lelaki yang ditemukan meninggal dunia, selepas dipercayai terperangkap di dalam sebuah bilik stor peralatan pembersihan yang berkunci di UPSI Sports Bowl di Tanjung Malim awal pagi tadi, bukan kakitangan universiti tersebut.

Katanya, pihak syarikat terlibat akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian tersebut dalam masa terdekat.

“Pihak universiti sentiasa memantau perkembangan insiden berkenaan dan akan memberikan bantuan sewajarnya kepada keluarga arwah,” katanya.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Bernam.

Sebelum ini, media melaporkan lelaki terbabit ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri berkenaan sebelum pintu bilik stor yang berkunci dibuka oleh Polis Bantuan UPSI. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kakitangan UPSI ditemui meninggal dunia dalam stor peralatan pembersihan berkunci

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI