Lelaki maut dalam stor berkunci disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung

TANJUNG MALIM – Polis mengesahkan tiada unsur jenayah ditemukan susulan kematian seorang lelaki di pusat boling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Khalid Mohamad berkata, mangsa berusia 53 tahun itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung secara tiba-tiba (sudden cardiac arrest).

Menurutnya, pihak polis menerima maklumat kejadian sekitar jam 1.57 pagi melalui sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah berada di tempat kejadian.

“Mangsa yang merupakan pekerja pembersihan ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik utiliti di pusat boling tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, bantuan pernafasan (CPR) telah diberikan oleh petugas perubatan selama kira-kira 15 minit, namun mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2.23 pagi.

Katanya, siasatan awal tidak menemui sebarang kecederaan atau unsur mencurigakan pada tubuh mangsa.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat dan hasilnya mengesahkan punca kematian akibat serangan jantung secara tiba-tiba.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan tiada unsur jenayah terlibat,” ujarnya.

Khalid menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi serta menghormati privasi keluarga mangsa.

Sebelum ini, media melaporkan mangsa, Mohd Radzi Ariffin, 53, pekerja sebuah syarikat swasta yang mengendalikan operasi pusat boling di dalam kampus berkenaan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri berkenaan sebelum pintu bilik stor yang berkunci dibuka oleh Polis Bantuan UPSI. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam stor berkunci bukan kakitangan UPSI

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI