Kos operasi meningkat, penternak lembu pertimbang naikkan harga

SUNGAI SIPUT – Penternak lembu tempatan mula terkesan dengan kenaikan kos operasi berikutan harga makanan ternakan yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, yang turut mengusahakan penternakan lembu mengakui peningkatan kos tersebut memberi tekanan besar kepada pengusaha serta memaksa mereka mempertimbangkan kenaikan harga jualan lembu bagi mengelakkan kerugian.

“Kos makanan lembu semua naik. Saya ada dua biji lori, satu tangki penuh itu dekat RM1,000 harganya. Bila saya penuhkan tangki, kos banyak. Dedak, napier… semua naik.

“Jadi untuk tahun ini rasanya kami pengusaha kena naikkan sedikitlah untuk harga lembu, kalau tidak kita menanggung kerugianlah,“ katanya.

Kos operasi meningkat, pengusaha lembu pertimbang naikkan harga
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun beramah mesra dengan tetamu yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Lintang di Pusat Konvensyen Tun Samy Vellu, Sungai Siput, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 APRIL 2026.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun di Pusat Konvensyen Tun Samy Vellu, di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Jamal berkata, kenaikan harga makanan ternakan dianggarkan mencecah antara 30 hingga 40 peratus, sekali gus menambah beban operasi harian.

“Harganya dekat 30 ke 40 peratus naik. Kalau dulu saya dapat harga RM41, sekarang sudah RM48. Sekali ambil bukan sedikit-sedikit, RM15,000, RM20,000 untuk makanan 10 hari saja,” ujarnya yang mengusahakan ladang penternakan lembu di Bukit Merah. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak kaji wujudkan pelan simpanan stok makanan – Exco

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI