MGPerak: Fasa Pertama Projek Pusat Santuari Gajah Perak Nilai RM52 Juta

78

IPOH – Fasa pertama projek pembinaan Pusat Santuari Gajah Perak atau ‘Perak Elephant Sanctuary’ (PES) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik menelan kos keseluruhan sebanyak RM 52.13 juta.

Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim berkata, kerja-kerja pembinaan fasa pertama pusat perlindungan hidupan liar itu akan bermula pada tahun ini dan dijangka siap pada akhir tahun 2030.

Katanya, ia akan memfokuskan kepada pembinaan asas yang melibatkan pembinaan kompleks pejabat, kurungan gajah dan berek kakitangan, sementara fasa dua pula, ia akan melibatkan kerja-kerja pembinaan fasiliti ekopelancongan. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini