MGPerak: PMKS Di Perak Tanggung Kenaikan Kos Operasi Hingga 50 Peratus – Exco

81

IPOH – Kenaikan kos bahan api dan konflik Asia Barat mendorong peningkatan kos operasi sehingga 50 peratus kepada syarikat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Perak.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, ia sekali gus memberi tekanan langsung kepada margin keuntungan.

Menurut Salbiah, dapatan berkenaan diperoleh dalam satu tinjauan awal yang dijalankan Sekretariat Usahawan Perak dengan kerjasama Institut Darul Ridzuan melibatkan 844 usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di seluruh Perak. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini