IPOH – Perak komited untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan petugas penguatkuasaan dapat melaksanakan langkah-langkah yang perlu, termasuk meningkatkan kekerapan rondaan, demi melindungi Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) di seluruh negeri ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, selain itu, kerajaan negeri melihat bahawa undang-undang sedia ada sudah mencukupi bagi menghukum mana-mana pihak yang menceroboh tanah kerajaan, terutamanya dalam KSAS. – MGPerak





