TAIPING – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyambut baik usul yang diluluskan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bagi menamakan semula Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan sebagai Velodrom Azizulhasni.
Menterinya, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, ini kerana ‘The Pocket Rocketman’ merupakan aset berharga yang mengharumkan negara di mata dunia dalam sukan berbasikal trek. -MGPerak





