Difitnah larikan berbilion ringgit, jadi warga Turkiye, Farhash buat laporan polis

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya beliau terlibat dalam kegiatan mencuri dan pengubahan wang haram berjumlah berbilion ringgit di luar negara, termasuk di Turkiye dan Afrika.

Beliau berkata, tuduhan yang disebarkan melalui beberapa laporan media itu adalah tidak benar, tidak berasas serta bersifat fitnah yang bertujuan mencemarkan reputasi dan integritinya.

“Saya dengan tegas dan tanpa sebarang keraguan menafikan semua tuduhan tersebut. Dakwaan-dakwaan ini adalah tidak benar, tidak berasas dan bersifat fitnah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Farhash turut menafikan dakwaan bahawa beliau telah menjadi warga Turkiye serta mempunyai akaun bank di negara berkenaan, selain menegaskan tidak pernah terlibat dalam sebarang aktiviti pengubahan wang haram seperti yang didakwa.

Beliau yang kini hanya bergiat dalam bidang perniagaan turut mendakwa dirinya diheret ke dalam isu tersebut atas motif tertentu, termasuk kemungkinan berkait kepentingan politik pihak tertentu.

Dalam masa sama, Farhash memaklumkan beliau memandang serius penyebaran rakaman video yang didakwa mengandungi fitnah terhadap dirinya.

Sehubungan itu katanya, satu laporan polis telah dibuat dan menyerahkan tindakan susulan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut di bawah peruntukan undang-undang berkaitan termasuk Seksyen 499 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, beliau akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan.

Farhash turut mengarahkan peguam untuk memfailkan tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat dalam penyebaran dakwaan tersebut bagi melindungi nama baik dan kepentingannya.

Orang ramai dalam pada itu dinasihatkan agar tidak menyebarkan atau mempercayai maklumat tidak sahih serta memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara adil dan telus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI