Bidang seni digital yang kini menjadi pemacu utama industri kreatif dipilih sebagai tema Kem Belia Kreatif (KBK) 2026 anjuran People of Remarkable Talents (PORT), sekali gus membuka ruang kepada belia mendalami penguasaan teknologi digital.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah PORT, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, sejak diperkenalkan pada tahun 2023, program itu terus berkembang dengan memilih tema yang selari dengan keperluan industri semasa.
Menurutnya, pada tahun 2023, kem tersebut memfokuskan kepada industri perfileman dan hiburan, diikuti seni cetak (2024) serta seni muzik (2025). -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #peraksejahtera2030 #saaranimohamad





