MGPerak: Dana Kreatif Perak Turut Dibuka Kepada Pencipta Kandungan, Pempengaruh

1

Pencipta kandungan dan pempengaruh di negeri ini yang memiliki idea kreatif serta perancangan projek berpotensi boleh memohon Dana Kreatif Perak bagi mengembangkan kandungan digital serta hasil kreativiti mereka.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, dana yang diberikan kerajaan negeri itu dibuka kepada kepada anak Perak yang mempunyai pengetahuan, kemahiran serta minat mendalam dalam bidang kreatif termasuk penghasilan kandungan digital.

Menurutnya, kerajaan negeri menyediakan dana berjumlah RM300,000 untuk diberikan kepada individu yang layak melibatkan penggiat seni kreatif berdasarkan kepada kriteria-kriteria tertentu seperti elemen hiburan, elemen muzik, cetakan dan yang berkaitan. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak #danakreatifperak #saaranimohamad #peraksejahtera2030

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini