MGPerak: Bot PATI Indonesia Karam: Kawasan SAR Diperluaskan

97

LUMUT – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia yang terlibat dalam insiden bot karam di perairan Pulau Pangkor diperluaskan ke kawasan membabitkan seluas 343.80 batu nautika persegi.

Operasi memasuki hari ketiga yang disambung bermula sekitar jam 7 pagi itu memberi tumpuan kepada tiga sektor kawasan SAR.

Seramai 33 anggota penyelamat digerakkan pada operasi berkenaan dengan ia membabitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), selain melibatkan tujuh aset di laut dan satu di udara. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini