IPOH – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mahu Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dijadikan contoh terbaik di peringkat antarabangsa dalam usaha membantu golongan miskin keluar daripada belenggu kemiskinan melalui penyediaan modal perniagaan.
Menurutnya, kejayaan AIM selama hampir empat dekad membuktikan institusi itu bukan sahaja berupaya memperkasa wanita, malah mampu menjadi model kepada negara-negara membangun di seluruh dunia. – MGPerak





