Perak Sejahtera 2030: MB Perak zahir penghargaan peranan media

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani menzahirkan penghargaan kepada pengamal media dalam menyebarkan maklumat mengenai Pelan Perak Sejahtera 2030 kepada rakyat negeri ini secara khususnya dan Malaysia amnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu, turut menyuarakan rasa terhutang budi atas peranan yang dimainkan pengamal media dalam membantu kerajaan negeri sejak pelan berkenaan diperkenalkan.

“Saya cukup terhutang budi kepada pengamal media kerana rakan-rakan media membantu kami (Kerajaan Negeri Perak) menterjemahkan apa yang kita maksudkan Perak Sejahtera 2030.

“Apa yang dilakukan pengamal media mendorong rakyat di Perak sekurang-kurangnya membaca, melihat dan cuba memahami Pelan Perak Sejahtera 2030,” katanya .

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penghargaan dan Sesi Libat Urus Bersama Pemegang Taruh dan Media, di sini, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Saarani berkata, kajian yang dijalankan oleh Institut Darul Ridzuan (IDR) mengenai kefahaman rakyat terhadap Pelan Perak Sejahtera 2030 menunjukkan peningkatan.

Jelas beliau, rakyat juga dilihat berusaha memainkan peranan masing-masing dalam pelan Perak Sejahtera 2030 dan ia sekali gus membuktikan usaha kerajaan negeri semakin membuahkan hasil.

“Alhamdulillah rakyat Perak sudah tahu dan faham selain berusaha meletakkan diri sebagai pemain dalam Perak Sejahtera 2030,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2024 dijangka beri tumpuan kepada Pelan Perak Sejahtera 2030

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI