Penemuan barang terlarang: JIPS lengkap siasatan, guna anjing pengesan di lokap

TELUK INTAN – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman menjalankan siasatan sepenuhnya berhubung penemuan pelbagai barang larangan termasuk dadah dan telefon bimbit di lokap Balai Polis Sentral, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, siasatan berhubung kes tersebut telah selesai dijalankan secara menyeluruh oleh pihak Bukit Aman dengan dan kerjasama Kontinjen Perak.

Katanya, tindakan tahan kerja sementara yang dikenakan terhadap anggota yang terlibat juga telah diambil bagi memudahkan proses siasatan yang dijalankan secara menyeluruh.

“Pelaku-pelaku yang dikenal pasti telah kita siasat secara menyeluruh dan tugas siasatan telah lengkap. Kesalahan berhubung perkara ini berat, oleh itu proses siasatan dilakukan secara menyeluruh supaya adil dan tidak ada sesiapa yang teraniaya.

“Tindakan tahan kerja atau gantung kerja yang dilaksanakan adalah untuk memudahkan kita memanggil mereka bagi dirakam percakapan serta membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Sidang Media bersempena Karnival Pencegahan Jenayah dan Program Diskusi Town Hall Sempena Peringatan Hari Polis Ke-219 di Dataran Menara Condong Teluk Intan, pada Sabtu.

Jelas Noor Hisam, proses siasatan yang dijalankan menjurus kepada penilaian tindakan di bawah Peraturan 36 dan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Selepas ada arahan daripada (JIPS) Bukit Aman, kemudian kita akan menubuhkan Lembaga Tatatertib melalui Pihak Berkuasa Tatatertib untuk mengadili kes ini bagi proses perundangan seterusnya,” katanya.

barang terlarang lokap Ipoh Related Keyphrase: JIPS Bukit Aman, anjing pengesan lokap, lokap Balai Polis Sentral Ipoh, dadah dalam lokap, Noor Hisam Nordin
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Datuk Noor Hisam Nordin sidang media pada Karnival Pencegahan Jenayah dan Program Diskusi Town Hall Sempena Peringatan Hari Polis Ke-219 di Dataran Menara Condong Teluk Intan, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 MEI 2026.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman berkata, walaupun anggota yang bertugas di lokap dikenal pasti sebagai individu yang terlibat, namun pegawai penyelia turut disiasat daripada aspek tanggungjawab penyeliaan dan pemantauan.

Jelas Noor Hisam, antara perkara yang diambil kira dalam proses siasatan termasuk pemeriksaan lokap, jadual tugas, keadaan fizikal lokap serta pemantauan terhadap orang kena tuduh (OKT) yang ditempatkan di situ.

“Bukannya kata pegawai itu terlibat secara langsung tetapi kita akan tengok dari pelbagai perspektif termasuk tugas dan tanggungjawab penyelia tersebut.

“Dalam isu ini, timbul seolah-olah berlaku perbincangan di mana-mana di antara perjalanan penugasan itu,” katanya.

Mengulas lanjut tentang langkah pencegahan, Noor Hisam berkata, pihak IPD Ipoh telah menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bagi proses kemasukan OKT ke lokap sebagai usaha memperketat kawalan keselamatan.

Ujar beliau, penggunaan anjing pengesan dadah itu dilihat sebagai langkah awal yang lebih drastik dalam menangani isu penyeludupan barangan terlarang ke dalam kawasan lokap.

“Saya dimaklumkan pihak IPD akan menggunakan Unit K9 untuk urusan proses kemasukan OKT atau orang yang disyaki ke lokap.

“Saya katakan sudah sampai masanya kita gunakan elemen ataupun sumber sedia ada untuk melihat usaha yang lebih telus bagi mengatasi isu ini.

“Kawasan lokap itu walaupun dikira premis selamat, tapi dengan adanya isu ini memang mencalarkan sungguhlah imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Kontinjen Perak,” katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan pemeriksaan mengejut JIPS Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak membongkar kepada penemuan pelbagai barangan terlarang, termasuk dadah, telefon bimbit dan senjata tajam di dalam sebuah sel lokap di Balai Polis Sentral Ipoh. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

 

Polis siasat aspek tatatertib susulan penemuan dadah, senjata dalam lokap

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI