MGPerak: Penemuan Barang Terlarang: JIPS Lengkap Siasatan, Guna Anjing Pengesan Di Lokap

55

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman menjalankan siasatan sepenuhnya berhubung penemuan pelbagai barang larangan termasuk dadah dan telefon bimbit di lokap Balai Polis Sentral, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, siasatan berhubung kes tersebut telah selesai dijalankan secara menyeluruh oleh pihak Bukit Aman dengan dan kerjasama Kontinjen Perak.

Katanya, tindakan tahan kerja sementara yang dikenakan terhadap anggota yang terlibat juga telah diambil bagi memudahkan proses siasatan yang dijalankan secara menyeluruh. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak #JIPSBukitAman #bahanterlaranglokap

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini