Nur Izzati Humaira hilang ketika turun Bukit Changkat Asa

TANJUNG MALIM – Seorang wanita berusia 19 tahun dilaporkan sesat ketika sedang menuruni bukit semasa melakukan aktiviti pendakian bersama lima rakan dan ahli keluarga di Bukit Changkat Asa, di sini, pada Sabtu.

Mangsa dikenali sebagai Nur Izzati Humaira Azizul dipercayai hilang arah ketika sedang turun dari bukit berkenaan sebelum kejadian itu dilaporkan kepada pihak bomba pada jam 1.26 tengah hari.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, susulan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim bersama BBP Kuala Kubu digerakkan ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat mangsa.

wanita hilang Bukit Changkat Asa Related Keyphrase: Nur Izzati Humaira, pendaki sesat Tanjung Malim, operasi SAR Bukit Changkat Asa, JBPM Perak, wanita sesat ketika mendaki
Sekitar operasi mencari dan menyelamat Nur Izzati Humaira Azizul yang dipercayai hilang ketika sedang turun dari bukit melakukan aktiviti pendakian bersama lima rakan dan ahli keluarga di Bukit Changkat Asa. Foto JBPM

Katanya, selain 13 anggota bomba, operasi turut dibantu oleh 14 orang dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

“Pasukan bomba melaksanakan ‘size up’ dan mengaplikasikan konsep ‘LAST’ (Kenal pasti lokasi, akses ke mangsa, stabilkan mangsa dan pemindahan mangsa) dalam operasi berkenaan.

“Kawasan pencarian dimulakan di kawasan bukit yang dipercayai kali terakhir mangsa kelihatan pada radius 234 meter ketinggian Bukit Changkat Asa,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

wanita hilang Bukit Changkat Asa Related Keyphrase: Nur Izzati Humaira, pendaki sesat Tanjung Malim, operasi SAR Bukit Changkat Asa, JBPM Perak, wanita sesat ketika mendaki
Sekitar operasi mencari dan menyelamat Nur Izzati Humaira Azizul yang dipercayai hilang ketika sedang turun dari bukit melakukan aktiviti pendakian bersama lima rakan dan ahli keluarga di Bukit Changkat Asa. Foto JBPM

Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat mangsa kemudian ditangguhkan dan diserahkan kepada BBP Kuala Kubu baru untuk tindakan lanjut memandangkan kawasan terbabit berada di bawah jagaan balai bomba berkenaan.

“Sekiranya bantuan tambahan diperlukan, anggota dari BBP Tanjung Malim akan bersiap sedia untuk digerakkan semula ke lokasi operasi,” tambah beliau.

Operasi berkenaan yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohammad Saufi Masri itu terkawal pada jam 1.46 tengah hari dan ditangguhkan pada jam 7 malam. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Anggota bomba sukarela hilang dikhuatiri lemas terjatuh dari bot di Lahat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI