Bomba guna helikopter bawa keluar pendaki alami masalah kesihatan di Gunung Batu Putih

TAPAH – Pesawat AW139 membawa seorang pendaki lelaki yang mengalami masalah kesihatan ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih, di sini selamat mendarat di Kem Pusat Gerakan Am (PGA) Bidor, sekitar jam 3 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, mangsa, Mohd Hanafi Neikmad, 41, kemudiannya diserahkan kepada Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) JBPM Perak dan dibawa ke Hospital Tapah bagi pemeriksaan dan rawatan susulan.

Menurutnya, terdahulu, pasukan penyelamat JBPM seramai lapan orang telah diturunkan oleh pesawat AW139 di puncak Gunung Batu Putih pada jam 11.43 pagi selepas menemui mangsa bersama Malim Gunung Perhutanan (MGP) yang menemaninya.

“Mangsa telah dibawa ke lokasi yang dikenal pasti bersesuaian bagi melaksanakan kerja winching ke pesawat.

“Kerja-kerja pembersihan tapak winching telah dilakukan oleh pasukan penyelamat berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pesawat telah datang ke lokasi mangsa pada jam 2.30 petang untuk mengangkat mangsa menggunakan kaedah winching.

Sebelum ini, Malaysia Gazette (MG) Perak melaporkan, Mohd Hanafi mengalami sesak nafas serta muntah darah ketika menyertai ekspedisi pendakian bersama 13 yang lain bersama dua MGP melalui laluan Pos Gedung – Gunung Bah Gading – Gunung Batu Putih – Kuala Who pada Sabtu lalu.

Seorang pendaki wanita, Jaslinda Saludin,49, yang mengalami kecederaan pada kaki dan turut mengikuti ekspedisi sama dikhuatiri hilang dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pendaki wanita dikhuatiri hilang di Gunung Batu Putih

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI