GOPENG – Beberapa peniaga mengakui terdapat peningkatan harga bahan mentah, namun tetap mengekalkan harga jualan pada kadar berpatutan malah menawarkan diskaun sempena perayaan Aidiladha bagi menarik pelanggan membeli biskut dan kerepek.
Tinjauan Malaysia Gazette (MG) Perak di Jualan Agro Madani @ Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak mendapati, orang ramai tetap membuat persiapan saat akhir bagi menyambut Hari Raya Aidiladha esok dengan membeli pelbagai barangan keperluan dan juadah raya meskipun suasananya tidak semeriah perayaan Aidilfitri. -MGPerak





