MGPerak: Berat Badan Jaslinda Susut Hingga 10 Kg

98

TAPAH – Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas dilaporkan hilang selama dua minggu ketika menyertai ekspedisi di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, dipercayai mengalami susut berat badan hampir 10 kilogram (kg) sepanjang tempoh berkenaan.

Pengarah Hospital Tapah, Dr Wan Immi Salim berkata, bagaimanapun pihak hospital tidak dapat mengesahkan jumlah sebenar penurunan berat badan wanita itu kerana tiada perbandingan berat badan dibuat sebelum dan selepas kejadian.

Menurutnya, mangsa masih menerima rawatan di wad wanita hospital berkenaan namun keadaannya semakin stabil dan bertambah baik. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini