TAPAH – Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang ditemukan selamat selepas hilang selama dua minggu di Gunung Batu Putih, memaklumkan tidak mengalami sebarang gangguan mistik sepanjang berada di dalam hutan.
Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Jaslinda ketika beliau bersama Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan melawat wanita itu di Hospital Tapah, di sini hari ini.
Menurutnya, wanita terbabit kelihatan ceria dan tahap kesihatannya juga dilihat berada dalam keadaan baik. -MGPerak





